Saturday, January 17, 2009

AIR dan TURASLI

Dan tidakkah orang-orang kafir (engkar) itu memikirkan dan mempercayai bahawa sesungguhnya langit dan bumi itu pada asal mulanya bercantum (sebagai benda yang satu), lalu Kami pisahkan antara keduanya? Dan Kami jadikan dari air, tiap-tiap benda yang hidup? Maka mengapa mereka tidak mahu beriman? (Al- Anbiya' Ayat 30)

Setiap kehidupan adalah dari air. Sumber air yang satu ketika dulu amat bersih dan selamat untuk kegunaan harian kini telah tercemar dengan pencemaran yang dahsyat. Pembangunan pesat kawasan perumahan dan industri menambahkan lagi pencemaran air yang semakin tidak terkawal.

Di laman blog ini, saya telah merekodkan satu urutan pemerhatian yang kesimpulannya membuktikan betapa kotornya air yang disalurkan ke rumah-rumah kita untuk kegunaan harian. Walaupun pada pandangan mata kasar air ini agak bersih, tetapi apabila diperhatikan dengan teliti terutamanya apabila penapis air digunakan, kekotaran yang dapat dilihat amat terserlah.

Pada penghujungnya, saya ingin menawarkan kepada para pembaca satu penyelesaian yang mudah dan murah untuk dipertimbangkan demi kesihatan dan kesejahteraan keluarga pada setiap masa. Sistem penapisan yang ada di pasaran agak membebankan terutamanya penapis yang berjenama. Harga kebanyakannya mencecah ribuan ringgit. Sistem yang ditawarkan di sini tidak melebihi RM500 dengan RM400 sebagai harga pengenalan.


Penapis yang berukuran 0.5 micron ini dipasang pada punca kemasukan air bersebelahan meter air. Keadaan penapis seperti ini adalah amat biasa selepas 2 minggu dengan keadaan penapis yang dipenuhi dengan lapisan kotoran berwarna gelap. Lihatlah betapa kotornya air yang disalurkan kepada kita. Bayangkan selepas bertahun-tahun kita menyajikan minuman kepada keluarga kita tanpa mengetahui keadaan air yang begitu kotor.




Kotoran seperti karat terlarut dan bahan-bahan pepejal terlarut yang lain menyelubungi permukaan bahan penapis.






Penyambung paip yang biasa digunakan ini dipenuhi karat selepas beberpa tahun digunakan. Karat ini akan terlarut di dalam air yang kemudian digunakan untuk basuhan dan minuman.



Saya kemudiannya menukar penapis ini dengan satu penapis yang baru dan membuat pemerhatian pada keadaan penapis tersebut. Hanya dalam masa lebih kurang setengah jam dengan pengaliran air, penapis yang pada mulanya putih bersih bertukar ke warna gelap.


Penapis lutsinar yang sering digunakan seperti ini memerlukan kesabaran yang tinggi untuk mengganti dan memastikan penapisnya diganti pada waktu yang tepat. Berdasarkan kepada pemerhatian saya, dengan keadaan air yang sangat kotor disalirkan ke rumah saya, penapis ini hanya dapat bertahan sehingga 2 atau 3 minggu sebelum kekotoran dapat melepasi dinding penapis dan seterusnya masuk ke dalam tangki atau terus ke paip dapur. Dengan kekerapan 2 hingga 3 minggu, saya sering lupa untuk menukarnya sehingga pada kebiasaannya hanya akan tersedar setelah melihat pepejal terlarut mula mengotorkan pakaian di dalam mesin basuh. Proses penukarannya juga agak rumit terutama pada proses melonggarkan badan penapis dari kepalanya. Ada ketika sehingga menyebabkan badan plastik tersebut retak atau pecah.



Penyelesaian yang terbaik kepada masalah ini ialah dengan menggunakan penapis yang mempunyai sistem basuhan tanpa perlu penukaran penapis. Sistem seperti ini agak mahal dengan harga paling rendah ditawarkan di antara RM900 sehingga RM2000 atau RM3000. Dengan sistem ini, tiada penapis yang perlu ditukar dan keberkesanannya amat terbukti. Walau bagaimana pun perlu difahami bahawa sistem ini tidak memberi kemudahan rawatan air sehingga sedia untuk diminum. Tugas utamanya ialah membuang segala pepejal terlarut yang jika tidak akan menjadi sebahagian dari kotoran yang hadir dalam air mandian, basuhan dan minuman kita dan keluarga. Kebiasaanya, di samping penapis ini, satu lagi penapis khas untuk air minuman dipasang untuk memastikan air minuman tersebut bersih dari bahan kimia dan bakteria. Penapis mudah basuh dapat membantu memanjangkan jangka hayat penapis minuman yang biasanya berharga jauh lebih mahal.




TURASLI



Seterusnya saya telah memasang sistem tapisan yang diberi nama "TURASLI" -- singkatan kepada Turas Asli dengan sistem basuhan mudah. Turasli telah dipasang terus kepada sumber masuk air dan air yang ditapis Turasli disalirkan kepada penapis yang saya beli dengan harga RM900.




Saya berhasrat untuk membuat pemerhatian yang teliti pada mutu air yang ditapis oleh Turasli dengan harapan segala pepejal terlarut dan mendapan kotoran dapat ditapis sepenuhnya oleh Turasli. Berikut adalah langkah-langkah pemerhatian yang telah dirancang dan dilaksanakan;


1. Memasang Turasli secara bersiri dengan Penapis yang dibeli (namakan Penapis X). Air yang telah ditapis Turasli disambung kepada punca masuk pada Penapis X.


2. Mendedahkan kedua-dua penapis ini pada kadar aliran air biasa bagi kegunaan keluarga yang sederhana selama seminggu.


3. Setelah seminggu, saya akan melakukan basuhan pada Penapis X dahulu untuk melihat kadar mendapan yang terlepas dari Turasli dan kemudian melakukan basuhan pada Turasli untuk melihat keberkesanan Turasli memerangkap sisa-sisa pepejal terlarut dan kotoran mendapan.



Berikut adalah pemerhatian saya;



1. Selepas seminggu, saya melakukan basuhan pada Penapis X. Saya dapati masih terdapat sisa-sisa kotoran atau mendapan dalam air basuhan Penapis X seperti gambar di bawah.




2. Seterusnya saya melakukan basuhan pada Turasli. Seperti yang saya jangkakan, Turasli telah memerangkap sebahagian besar dari sisa-sisa pepejal terlarut dan kotoran termendap seperti gambar di bawah.




3. Di bawah dibandingkan air basuhan Turasli dan Penapis X yang menunjukkan masih terdapat sisa-sisa mendapan yang terlepas dari Turasli yang diperangkap oleh Penapis X walaupun sebahagian besar telah ditapis Turasli.



4. Selepas selesai basuhan, saya membilas Turasli dan selepas kira-kira 30 saat membilas, air tapisan Turasli dapat dilihat kebersihannya seperti pada gambar di bawah.



Ulasan



Terdapat beberpa perkara yang mungkin menyebabkan hasil basuhan Penapis X masih terdapat sisa-sisa kotoran.

1. Pada permulaan ujikaji, Penapis X tidak dibasuh sepenuhnya dengan menggunakan tekanan air yang tertinggi. Tekanan yang lebih tinggi semasa basuhan selepas seminggu ujikaji menyebabkan kotoran lama terkeluar seperti yang dapat dilihat pada gambar "Air basuhan Penapis X".

2. Turasli yang dipasang untuk ujikaji ini dibekalkan dengan saiz silika (media penapis) terkecil yang melebihi 2 mm diameter. Media penapis yang lebih kecil yang menyamai saiz 0.6 mm dapat menandingi keupayaan menapis Penapis X. Turasli yang dijual kepada anda dibekalkan dengan media penapis terkecil berukuran 0.6 mm diameter.

Untuk menguatkan lagi pemerhatian ini, ujikaji dan pemerhatian yang serupa akan diteruskan untuk tempoh yang lebih lama. Media penapis untuk Penapis X dan Turasli telah dibasuh dan dibersihkan dengan tekanan yang tertinggi. Kedua-dua penapis ini akan didedahkan kepada aliran air untuk tempoh masa sekurang-kurangnya 2 minggu dan pemerhatian yang serupa akan dicatatkan dan dikongsi bersama pembaca kemudian.

sebarang pertanyaa atau pesanan, sila email turasasli@gmail.com



No comments: