Thursday, March 13, 2008

Pilihan Raya Umum ke 12 - Ketuanan Melayu tergugat?

Keputusan PRU 12 yang telah mengejutkan banyak pihak menyaksikan Pulau Pinang dikuasai DAP dan Perak dimenangi besar oleh DAP. Kini mula kedengaran paluan kompang ketuanan Melayu mula dicanangkan. Apakah benar ketuanan Melayu tergugat selepas PRU 12?

Apabila dianalisa dengan lebih teliti, kita dapati jumlah kerusi DUN yang disandang oleh Melayu telah bertambah di kesemua negeri yang dimenangi oleh bukan BN. Berikut disenaraikan jumlah keseluruhan Wakil Rakyat Melayu (Islam), Cina dan India pada PRU 11 (2004) dan selepas PRU 12 (2008).



Jelas di DUN kedah, Melayu menambah 1 kerusi dan India kehilangan 1 kerusi. Tiada perubahan pada kedudukan kerusi Cina.






Di DUN Selangor, Melayu menambah 1 kerusi dan Cina kehilangan 1 kerusi. Tiada perubahan pada kedudukan kerusi India.






Di DUN Perak yang dikatakan berlaku sedikit ketegangan dalam menentukan Menteri Besar, menyaksikan Kerusi Melayu bertambah sebanyak 3 kerusi sementara India mendapat pertambahan 1 kerusi dan Cina kehilangan 4 kerusi.






Di DUN Pulau Pinang, Melayu tiada perubahan pada bilangan kerusi namun Cina kehilangan 3 kerusi kepada India.






Kesimpulannya, Melayu mendapat sejumlah 5 kerusi tambahan di DUN-DUN Perak, Kedah dan Selangor berbanding dengan PRU 11 pada tahun 2004. Kita mengharapakan agar YB-YB Melayu Islam akan bekerjasama tanpa mengira Barisan (BN atau tidak) dalam mempertahankan Islam dan hak-hak orang Melayu. Jika terdapat politik membalas dendam di antara YB-YB Melayu, kita akan menyaksikan orang-orang Melayu akan lebih teruk dipinggirkan. Oleh itu, ketepikanlah politik dendam dan letakkan Agenda Islam di hadapan sebagai pengemudi kepada perjuangan memartabatkan Islam dan umatnya di Malaysia.


Pertambahan 5 kerusi Melayu adalah sesuatu yang hampir mustahil sebelumnya kerana semua kerusi-kerusi yang ditandingi BN telah ditetapkan kuota berdasarkan pecahan-pecahan kaum yang telah dipersetujui. Pakatan bukan BN yang dibentuk memberi peluang kepada kita untuk menentukan pembahagian kerusi yang lebih seimbang berdasarkan kepada komposisi kaum setempat. Orang Melayu perlu memberi perhatian kepada negeri Perak yang didominasi oleh Melayu tetapi kebanyakannya pembangkang di DUN Perak.



Di samping itu, orang Melayu juga perlu mengambil perhatian mengenai kelalaian ramai di kalangan orang Melayu yang tidak mengambil bahagian dalam menentukan pucuk pimpinan negeri dan negara. Masih terdapat ramai orang Melayu yang masih belum menjadi pengundi yang berdaftar! Masih ramai orang Melayu yang tidak mengambil kisah untuk mengemaskini alamat dan tempat mengundi sehingga mereka terlepas peluang untuk menentukan masa depan negara. Orang Melayu juga perlu belajar dan cuba memahami bagaimana rakan-rakan Cina mereka mampu menseragamkan tindakan mereka memilih selain BN pada PRU 12. Di masa sebahagian dari orang Melayu menolak BN, hampir keseluruhan orang Cina dan India menolak BN. Apakah saluran maklumat yang digunakan mereka untuk mencapai keseragaman ini?



Marilah kita belajar dari episod ini supaya kita tidak dipersalahkan oleh generasi kita yang akan datang dek kelalaian kita mempertahankan hak kita dan hak mereka. Murnikan niat kita dengan melakukan semua ini kerana menyahut perintah Allah dalam mempertahankan agamaNya yang mulia. Berubahlah kepada yang lebih baik dan jangan biarkan nasi menjadi bubur!